Friday, July 24, 2009

Recipe of the day: Roti Boyan

Dengan nama Allah, maha Pengasih, lagi maha Penyayang.....
Kepada Del from UK yg bertanyakan resepi Roti Boyan..... OK dear, disini kami lampirkan resepinya. harap-harap boleh lah mencubanya ya...... Pembaca yg lain pun boleh juga mencuba resepi ni... senang jer....

Sebelum kita keresepinya, Mak Pah nak menyingkap sejarah roti boyan ni. Sebenarnya Mak Pah tak tau kenapa orang S'pura panggil roti ni roti boyan, mungkin asalnya dibuat oleh orang boyan (bawean) agaknya.... Mak Pah pula bukan orang boyan jadi tak dpt lah nak tau kepastian asal usul roti boyan ni. Tapi dari apa yg Mak Pah tau ianya dicipta dari bahan2 yg mak2 kita dapat kat dapur utk dijadikan sarapan atau buat makan petang. Terus ianya menjadi suatu kuih yg mcm sinonim bukan saja pada masyarakat boyan (bawean) tapi juga kpd orang2 melayu yg lain diS'pura. Bersepah dijual sama ada yg dah siap utk dimakan ataupun yg jenis beku. Kalau bulan Ramadhan, hampir semua gerai kuih dibazaar Ramadhan ada juadah roti boyan, mcm2 bentuk dan rupa, antara sedap dgn tidak jer. Baiklah utk tidak berlengah lagi, disini Mak Pah lampirkan resepi roti boyan.....

Roti Boyan

Adunan A – Kulit roti
500g tepung gandum
1 cawan minyak masak atau marjerin/mentega cair
1 cawan air suam dibubuh 1 sudu kecil garam (gaul sebati) – boleh tambah air jika perlu
Adunan B – Inti
500g ubi kentang
1 atau 2 biji telur
1 atau 2 biji bawang besar - dihiris halus
Sedikit daun sop n daun bawang hiris (maybe 50 sen) - optional
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
Cara Membuat kulit:
1. Tabur tepung gandum kedalam bekas uli.
2. Buat lubang ditengah tepung dan masukkan minyak dan air suam ditengah lubang.
3. Kemudian gaul sedikit demi sedikit hingga kesemua tepung menyaluti minyak dan air.
4. Gaul rata dan uli adunan tepung hingga kental. Jika perlu, boleh ditambah air utk mendapatkan adunan yang kental dan boleh dijadikan bebola utk diuli.
5. Ada 2 cara utk buat kulitnya, samada seperti epok tapi buat 2 bulatan adunan kulit mcm pizza, letakkan intinya diatas kulit, lalu dirangkip satu lagi bulatan kulit diatas inti dan diklim sekelilingnya.
6. Atau uli dan guling bebeola kulit hingga menjadi empat segi, masukkan inti dan lipat macam murtabak….(Ikut selera masing2 ler)


Cara Membuat Inti:
1. Cuci kentang hingga bersih dan rebus hingga empuk. Lalu ditoskan dan dibiar sejuk sebelum dikopek kulitnya.
2. Kemudian kentang dilecek hingga lumat.
3. Gaulkan telur, bawang hiris, daun sop, daun bawang, lada sulah dan garam bersama kentang lecek hingga sebati.
4. Letakkan inti kedalam kulit roti yang telah diuli.
5. Klim keliling atau lipat kulit supaya inti tak terkeluar waktu menggoreng
6. Goreng hingga ranggup diatas kuali leper seperti goreng roti canai (roti prata)

Roti boyan selalunya dicicah dgn sambal tumis udang kering atau sambal tumis ikan bilis atau apa2 sambal pun OK lah….. nyum nyum….. kira kalau dah makan tu mesti giler kentang ler... hehe
Selamat mencuba……

Just in case you need to try the roti boyan, I have a supplier yang supply frozen roti boyan cum with the sambal ikan bilis. She’s selling at S$6/packet. 1 packet has 10 pieces of roti boyan (the size is the one I brought at Blushwax’s housewarming party - abt 1 palm size each). You may call Marina directly at her hp no. 96525266. The orders are quite overwhelming, she might take a few days to do for you.

Footnote from Nadh OB: Yes we did get to try Puan Marina's roti boyan! And I can tell you, it was scrumptious. It's not oily, the fillings are very generous and the sambal goes well with it! Do try if you may. Lagipun, dah nak bulan puasa ni, senang lah ada ready made stuffs like this. Boleh buat sahur. Hehe. Happy weekends everyone! :)

3 comments:

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Nyum!!! Nyum!!! Cam epok-epok lak, tapi versi intinya ada telur & kentangnya dilenyek... Boleh cuba nieh!!! ::.

Blushwax said...

Huwargh!!!! I love roti boyan...s does Mr H! I'm gonna order from your Kak Marina for sure! Nak buat..hehe....faham2 je lah eh. Malas. Hur hur hur.

Shopaholic Mama said...

Mak Pah, like Raf too, I pun - M.A.L.A.S.

And like Raf too, I nak - O.R.D.E.R.