Seminggu dah berlalu, sungguh pantas dan tanpa disedari, kembali lagi dgn Mak Pah ya dihari Selasa yg penuh barakah ini, InsyaAllah…….
Tanpa diduga, Mak Pah terima emel dari seorang pembaca yg didalam dilemma. Dan utk tidak menghampakan harapannya yg tidak keruan, Mak Pah rasa elok ler Mak Pah balas melalui blog ini, tapi bukan nak menghebohkan ceritanya, cuma Mak Pah rasa elok jugak dijadikan panduan pada pembaca lain yg mungkin didalam dilemma sebegini atau seakan-akan dgn nya. Demi menjaga maruahnya, Mak Pah tidak akan meletakkan namanya disini ya. Dan perlu diingatkan jugak kita disini tidak ada hak mengecam atau memperlekehkan nasib seseorang, tapi anggaplah ia sebagai renungan bersama, yang baik dijadikan pedoman dan yang tak elok dijadikan sempadan.
Tanpa diduga, Mak Pah terima emel dari seorang pembaca yg didalam dilemma. Dan utk tidak menghampakan harapannya yg tidak keruan, Mak Pah rasa elok ler Mak Pah balas melalui blog ini, tapi bukan nak menghebohkan ceritanya, cuma Mak Pah rasa elok jugak dijadikan panduan pada pembaca lain yg mungkin didalam dilemma sebegini atau seakan-akan dgn nya. Demi menjaga maruahnya, Mak Pah tidak akan meletakkan namanya disini ya. Dan perlu diingatkan jugak kita disini tidak ada hak mengecam atau memperlekehkan nasib seseorang, tapi anggaplah ia sebagai renungan bersama, yang baik dijadikan pedoman dan yang tak elok dijadikan sempadan.
Emelnya berbunyi berikut.......
Dear Dr Luv,
I have been a regular here eversince this blog was set up. Bila i tau ada segment macam gini, i terus nak email u cos i am really in need of advice. I have a dilemma.. I ade kenal satu lelaki ni, he is much older than me by 16 years. Umur i 22 this year. u do the math. dia tak nampak tua, ada motor, ada career, oklah. so far i happy dengan dia. At first bila i kenal dia, dia cakap umur dia beza dengan i baru 7 tahun. After 1 month baru i find out he's actually older than me by 16 years. Tapi i tak kisah tu semua, pasal i dah sayang sangat kat dia. Skrang ni, i risau, cos i got to know that dia sebenarnya dah kahwin, ada anak 2.. tapi dorang duduk asing, as in berpisah.. So I memang tak tau langsung pasal ni sampai lah wife dia found out, wife dia jumpe i.. Nak dijadikan crite, wife dia kate, my bf ni mentally unstable and has been flirting around with alot of girls and do alot of weird things sebab tu they stay separately. Dia jumpe i pun semata-mata tak nak hidup i merana lepas ni macam dia. i refuse to percaya tu semua.. I confronted my guy, he told me dia tgh dlm process nak ceraikan bini dia and wants to be with me. Bila i tanye kenapa nak ceraikan dia, he said he haven't been treated well and dah 2 tahun dorang duduk separately.. Kak Pah, i buntu.. What should i do? I sayangkan dia, tapi mana yang i nak percaya. Wife dia pulak cakap macam very relax aje. Takde marah takde ape.. Takkanlah the wife nak make up such stories.. Stress lah kak pah. I betul sayangkan dia.. :(
____________________________________________________________________
Utk melancarkan penulisan, Mak Pah akan mengelar penulis emel ini sebagai GD (Gadis Dilemma)….boleh ya dik????, dan jejaka idaman GD sebagai BF ler (boyfren ler) dan Mak Pah sebagai mami ajer ler.
Terima kasih mami ucapkan pada GD kerana melayari blog Vogue-U kami. Terlebih dahulu tabik jugak mami ucapkan pada GD kerana tabah dan sanggup berkongsi masalah pada kami di Vogue-U.
Dgn tidak berlengah lagi, mami lampirkan hujah2 ya (mcm nak berdebat plak..haha).
Pada pendapat mami, tidak salah berkawan atau berkasih dgn pasangan yg lebih lanjut usia dari kita, baik perempuan maupun lelaki. Kalau yg lebih tua tu lelaki mmg elok sbb selalunya, dari segi alami dan segi ugama, lelaki dikategorikan sebagai ketua rumahtangga dan menjadi pendidik pada isteri dan anak-anak. Walaubagaimana pun, jika yg perempuan nya lebih tua, tak menjadi halangan jugak sbb manusia ni dijadikan berbagai-bagai sifat. Oleh itu tidak ada hal yg mungkin menjejas hubungan jika kedua belah pihak saling menyayangi dan menghormati antara satu dgn yg lain. Cuma lumrah masalah masyarakat ler ttg perbezaan umur kalau yg perempuan tu lebih tua dari pasangannya. Tapi itu semua hanya pandangan mata kasar, dan jgn lah kita buang masa fikirkan benda2 yg mungkin membebankan tahap stres kita.
Dari apa yg GD tulis, nampaknya dari awal lagi siBF sudah membohongi GD ttg perbezaan umur (sepatutnya 16 thn beza dan bukan 7 thn). Mmg GD tak kisah sbb mungkin itu perkara kecil ajer. Tapi mami rasa kalau dari awal dia sudah membohongi GD begitu, takut nanti ianya menjadi kebiasaan pada BF utk selalu membohongi GD. Dan tak tau samada ttg hal dia nak bercerai dgn isterinya betul atau tidak, itu juga ada tanda tanya yg harus GD fikirkan.
Rungkaian dari sudut yg dilakukan isteri BF pula, nampaknya isteri BF mengambil berat ttg GD dan tidak mau GD terjebak macam mana dia lalui sekarang. Tapi GD ada berkata yg isterinya kelihatan relaks jer bila bercerita, dan GD tak pasti samada cerita itu sahih atau tidak. Mami faham yg GD terlalu menyayangi BF, tapi perlu diingat disini, GD belum melalui liku2 berumah-tangga dan duduk sebumbung dgn BF. Mami tak mau GD menyesal dan harap2 mami salah beranggapan begini terhadap GD. Cuma mami rasa hubungan GD dan BF berat sebelah, seperti GD menaruh harapan pada BF dan BF hanya nak kebahagian utk dirinya sendiri, jenis habis manis sepah dibuang (bila suka disayang, bila bosan dibuang, mcm apa yg diperlakukan kpd isterinya sekarang).
Disini mami ada beberapa cadangan yg mungkin GD boleh mencuba (hanya cadangan, terpulang pada GD menilainya)
Cadangan pertama:-
Terlanjur isteri BF sudah pun bersemuka dgn GD, apa kata GD cuba hubungi isteri BF dan mintak berjumpa dirumah mereka. Bawa bersama seorang teman supaya tidak jangal berada disana. Kalau isteri BF keberatan, mungkin GD boleh tegaskan yg GD nak kepastian samada kata2 isterinya terhadap BF benar atau rekaan semata. Disitu GD tengok keadaan rumah tangga mereka, terutama anak2 mereka. Airmuka anak2 tidak akan membohongi kita. Cuba berbual atau cuba dapatkan matlumat dari anak2 BF samada ia seorang ayah yg bertanggung-jawab atau tidak. Tanya mereka dgn tepat sbb anak2 ni kdg2 tak reti berkhias, jadi “directly” tanya….. “Ayah sayang adik?”…. kemudian “Ayah sayang ibu?”….. dan “Ibu sayang adik?”. Cara mereka jawab dgn riak muka dan gerak tubuh mudah menunjukkan perasaan seseorang. Dari situ GD tanya diri GD adakah patut GD terima BF atau nasihatkan BF utk pulang kepangkuan isteri dan anak2 nya. Dan kalau betul rumahtangga dia goyah, disitu GD fikir adakah ini lelaki yg bakal menjadi suami yg sesuai untuk GD menagih kasih sayang dan bimbingan. Tapi klu isteri dia berdalih dan membantah GD utk kerumahnya, mmg sah isterinya tidak ikhlas dan cuba menyembunyikan sesuatu. Hmmm, kalau begitu GD boleh cuba menghendap dari jauh keadaan rumah BF, dptkan sesuatu yg boleh menyakinkan GD ttg keadaan hubungan mereka. Kalau GD berani, mungkin boleh bersemuka terus dgn BF dan isterinya utk mempastikan kedudukan masing2 dlm perhubungan tersebut.
Cadangan Kedua:-
Kalau rasanya GD berat nak pergi kerumah BF atau bersemuka, mami cadang GD cuba dapatkan matlumat dari orang2 yg terdekat dgn BF, seperti kawan sekerjanya, sepupunya, adik-beradik, pendek kata sesiapa saja yg GD rasa GD boleh percaya akan kesahihan kata2 mereka.
Cadangan Ketiga:-
Mungkin GD boleh uji sejauh mana keihklasan cinta dan kasih sayang BF selama ini terhadap GD. Adakah dia slalu berkhayal (mcm orang bermasalah atau berangan-angan), adakah dia jenis cemburu buta hingga mengongkong gerak geri GD, adakah dia jenis menunjuk-nunjuk seolah-olah dialah lelaki paling bertuah walaupun dah beristeri tapi masih boleh pasang lagi satu, adakah dia jenis senang marah, cepat melatah bila digugat. Kalau ada sifat2 begitu, maknanya dia tak ikhlas dan mungkin, mungkin saja ya dia mencari kesempatan atas kasih sayang yg dicurahkan GD kpd nya. Jgn lupa jugak GD harus nilai selama bersamanya apakah pengorbanan yg telah dia lakukan buat GD utk menagih kasih sayang GD. Apa kelebihan GD dan apa kekurangan isteri BF.
Cadangan Keempat:-
Kalau masih dijalan buntu, GD cuba bersolat istiharah utk meminta dari Allah menunjukkan jalan mana harus GD tuju. Samada teruskan perhubungan hingga kejinjang pelamin bersama BF atau “Selamat Tinggal Romeo” - aku sudah dpt hidayah dan petunjuk dan aku masih muda dan byk lagi benda lain yg mungkin mendatangkan faedah yg mungkin memberiku suatu kebaikan dan kenikmatan utk ku jalani hidup yg masih panjang lagi utk diterokai…..
GD, dgn berkat dan petunjuk dari Allah yg Abadi, mintalah dariNya dan bykkan berdoa dan sujud padaNya…supaya kita dpt kehidupan yg sangat diingini…… InsyaAllah…. Amin.
Mami ni manusia biasa dan tak lari dari kesilapan juga. Mami harap cadangan dan hujah mami diatas ni tidak menyinggung perasaan GD. Kalau ada terkasar bahasa disini mami mohon ampun dan maaf ya dik. Terpulang pada GD menilainya sayang. Kita tak boleh mengubah seseorang melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri. Memang cadangan2 diatas senang ditulis tapi nak melakukan amat berat kdg2....bak pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya"
Akhir kata, hidup seupama roda. Ia berputar dan adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Tapi ingatlah walaupun kita diatas, jgn sesekali kita memandang rendah pada yg dibawah. Sayangi diri anda sepenuhnya dan sentiasa “Vogue” slalu ya.
Sekian.
Wasalam.
PS: look out for another posting from me at 11.00am shortly
4 comments:
Never borrow someone else's husband :-) that's my advise to u.
hmmm that is something we need to ponder.... sometimes can be very subjective.
but if dah jodoh, memang x kemana sis. but at least kita try.
Post a Comment