Tuesday, October 6, 2009

Vogue-U Potion - Gambar2 Nostalgik DiAidil Fitri

Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Waktu mengimbas album2 lama, tiba2 Mak Pah terlintas gambar2 yg diambil sewaktu menyambut Raya semasa remaja. Terus terpaku Mak Pah belek satu persatu gambar2 tersebut. Rasa gelihati bercampur hiba pun ada sebab ada kawan2 yg dah lama tak dgr khabar berita, dan ada juga kenalan yg telah kerahmahtullah buat selama-lamanya (Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh2 mereka yg telah lama meninggalkan alam fana ini...Amin). Selama ni cuma seorang jer teman sekolah menengah yg masih rapat dan masih berhubung dgn Mak Pah. Mari ikut Mak Pah mengimbas warna-warni Raya zaman nostalgik melalui gambar2 dibawah ini satu persatu..... Gambar diatas ni diambil waktu perjumpaan Hari Raya disekolah kami dan tak silap waktu ni Mak Pah dalam menengah 2 (lewat tahun 70an). Gelihati Mak Pah perhatikan fesyen baju kurung kami waktu tu. Kebanyakan kita akan berbaju kurung kain kasa robiah dan dipadankan dgn kain sarung batik. Mak Pah dulu minat dgn baju cekak musang.


Gambar diatas ini pulak diambil waktu kami kunjung mengunjung kerumah teman2 sekolah. Tak silap Mak Pah waktu ni Mak Pah dlm menengah 4. Kami suka sgt duduk bersembang ditangga rumah teman kami sbb sejuk berlantaikan seramik. Yg Mak Pah ingat rumah teman ni di Kg Padang Terbakar dekat Bedok Corner. Kampungnya besar sekali dan kita kena jalan dlm 1 atau 2 km utk sampai kerumahnya dari Bedok Corner...... lengit bila tiba.... terus semua serbu air dulu.... hehehehehe

Hah, gambar diatas ni diambil lewat 80an. Waktu tu Mak Pah bekerja diISEAS. Kami sewa van utk jalan raya dgn teman2 sepejabat. Kami rancang dgn teliti rumah siapa kita nak berkumpul dan rumah2 siapa pula kita akan lawati. No talipon dan alamat siap kami catat. Sungguh letih sekali berjalan dari pagi hingga larut malam. Sampai rumah mcm nak pengsan.





Gambar diatas ini pun dilewat 80an. Ini gambar waktu kami berkunjung kerumah adik ipar (waktu tu dia baru bertunang dgn adik Mak Pah). Gambar ini nostalgik sbb ada gambar Arwah ibunya disini. Dia ditimpa kemalangan ngeri waktu pulang dari bekerja malam didaerah Jurong. Teksi yg dinaiki dilanggar lari oleh sebuah lori mengakibatkan teksi mereka remuk dan kematian pada penumpang depan (arwah) dan teman yg duduk dipintu kanan belakangnya. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Rohnya....Amin.


Dibawah ni pulak gambar ibu Mak Pah bersama adik perempuan. Waktu ni Mak Pah sgt rajin menjahit. Tgklah langsir, alas meja, kusyen semuanya sedondon.

Gambar diatas ni pulak diambil diawal 90an. Waktu tu adik Mak Pah dah mula remaja dan sgt suka bersolek dan bergambar. Sbb tu lah skrang dia menjadi Freelance Make-up Artist. Lihat ler langsir dan alas meja berwarna kuning dan putih. Ni semua hasil kerja menjahit Mak Pah. Sejak mesin jahit Mak Pah dah rosak, terus Mak Pah pun dah malas nak jahit langsir dan cadar semua. Main beli yg dah siap jahit jer.


Gambar dibawah ni plak diambil bersama teman2 rapat adik lelaki Mak Pah. Mereka ni sgt rapat sampai mcm adik-beradik. Klu hujung minggu ada aje aktiviti atau duduk melepak kat rumah kami. Sekarang semua dah ada famili sendiri, bila jumpa mereka terperanjat tgk Mak Pah yg dah 3 atau 4 kali ganda lebih besar dari waktu anak dara dulu...muahahahahaha


Gambar dibawah ni diambil waktu Mak Pah balik Raya ke Singapura. Ni bersama anak saudara Mak Pah yg sulung. Mak Pah sgt sayangkannya, maklum ler waktu tu hanya dia sorang jer anak saudara kami sbb yg lain semua blum kawin lagi. Dan waktu Mak Pah duduk diKL, selalu talifon kerumah tanya khabarnya dan tak sabar slalu nak jumpa dia kalau balik S'pura.

Gambar terakhir dibawah ni diambil waktu Mak Pah sekeluarga berkunjung raya kerumah teman kerja yg sgt rapat. Waktu ni Mak Pah baru beranak 2 jer. Dan tiap tahun kami akan berpakaian sedondon.

Begitu lah warna-warni nya sambutan Raya. Sebenarnya banyak lagi gambar yg ada dlm simpanan dan ada juga gambar2 yg rosak dek terkena air, tapi kenangannya masih terpahat diminda Mak Pah. Kalaulah dpt diputar masa, mmg ingin sekali Mak Pah kembali kezaman remaja dulu..... memorinya mmg nostalgik sekali.
Akhir kata, salam Aidil Fitri kepada semua dan harap2 kita dpt berjumpa lagi pada Ramadan dan Syawal ditahun depan...InsyaAllah. Oh tak lupa jugak terima-kasih Mak Pah ucapkan kpd suami Mak Pah yg susah payah mengimbas (scan) gambar2 diatas utk Mak Pah (maklum ler Mak Pah ni bukannya IT savvy...huhu).
Salam sayang dari Mak Pah..... muacks



8 comments:

cik syahira said...

assalamualaikum mak pah.

salam syg sy juga khas buat mak pah.
muaaahhhhss.
ehhehe..

nak korek2 gambar raya masa kecik2 juga. esp gambar2 80-an.

rasp said...

tu la yg syiok bergambar time2 raya kan sis...
bila kita tengok semula gambar2 tu, mcm2 kenangan terimbas kembali...precious moments!

♥cybermummy♥ said...

vogue nya mak pah ...
Zaman gemilang yg penuh kenangan manis ...
Saya pun nak gi korek gambar lama2 waktu kecik2 dulu ..

PearL said...

wah, betul back to the future lah mak pah...
Mak Pah, my Mama kan dulu pun she got that big kerawang Ratu Ms Universe chair kat rumah. And next to it is the phone...I think "fofular" this chair time zaman 80an..hehehe
But Mama being super strict, we cannot sit in that chair for no apparent reason..Masa masa tertentu aje..That is, for phototaking je...hiyo.. Use the phone, must stand...hahahhaha

P

Shopaholic Mama said...

haha, that chair!! I still remember! Very popular betul zaman dulu2! But now susah nak cari mcm tu!

Mak Pah Vogue said...

syahira - korek dear jgn tak korek. tgk ler perubahan mak pah dari remaja hingga dah beranak 2. bila lahir anak ke 3 langsung badan mcm dipam... n susah betul nak turun.

rasp - indeed a precious moment in time.

cybermummy - hah korek jugak dear... syiok tgk gambar2 lama ni. gambar2 zaman kecik2 mak pah byk dgn pakcik n makcik so tak tau samada dorang masih simpan lagi ker tidak.

pearl/ann - mak pah minat sgt dgn kerusi ni hingga paksa arwah bapak I pegi beli 2 pasang. ingat lagi waktu tu kita pegi satu kedai ni kat west coast. org kedai ingat nak beli sepasang, then bapak tanya mak pah, nak 1? mak pah geleng, n gestured nak 2. yg hampeh nya tak tau kenapa dorang takde tpt nak antar, so klu urgent kita kena self carried. waktu tu arwah bapak bawak teksi so muat satu jer kerusi tu kat teksi dia with 1 passenger. so arwah bapak carikkan another teksi. waktu dlm teksi, driver tanya "tadi tu mem awak ker?". mak pah ckp taklah tu mak dan bapak saya. oh maaf saya ingat tadi pompuan tu mem awak.... mak oi sbb arwah bapak n myself bertungkus lumus nak masukkan kerusi, dia ingat aku ni maid.... that time mak pah pakai t-shirt and jeans with tudung kecik n sandals jer.

Marzni said...

Pah, the second pic tu, only after jalan hari raya I realised that I pakai baju terbalek. Yang belakang jadi depan, yang depan jadi belakang...wakakakaka.

Mak Pah Vogue said...

Yo Maz..... mmg kelakar seram ler kita dulu2 eh, but it was really really very fun. bila i tgk gambar ni, reminds me of your son, Amri.... mmg dia saling tak tumpah byk ikut rupa u eh dear....

Anyway... salam lebaran Maz. You've been such a lovely friend indeed. Luv u very much. Muacks.