Tuesday, August 4, 2009

Vogue-U Potion - Air Bunga Siti Fatimah

Assalamualaikum......

Mungkin setengah dari kita pernah mendengar ttg air Bunga Siti Fatimah. Ia adalah sejenis bunga kering yg berbentuk kecil2 mcm batu karang dlm setangkai dan dijual diMekah suatu ketika dulu dan akak tak pasti samada sekarang boleh didapati atau tidak disana atau mungkin ditempat lain. Akak cuba "google" gambar ttg bunga ini tapi tak dpt pulak......

Bunga Siti Fatimah dikatakan adalah elok utk dijadikan air selusuh buat wanita mengandung. Bunga kering ini akan dicuci dan direndam kedalam semangkuk air (akak tak ingat air suam atau air biasa). Bila bunganya kembang, angkat dan ambil airnya sahaja utk diberi kepada wanita yg akan bersalin dlm masa terdekat. Mungkin lagi seminggu atau beberapa hari sebelum wanita tersebut dijanka bersalin begitu. Bunga kering ini boleh diguna semula dgn mengeringkan nyer. Jemur terbalik dari tangkainya hingga bunganya kuncup dan kering. Simpan kena rapi supaya ianya tak basah.

Mak akak ada setangkai mmg disimpan utk kegunaan anak, menantu serta sedara mara atau sahabat handai. Tapi kerana dah byk beralih tangan kami pun dah tak tau siapa yg terakhir mengunakannya dan tak tau samada bunga itu masih ada lagi atau sudah terbuang…. Wallahualam.

Berkisar ttg air ini, pada tahun 1994, akak nak bersalinkan anak sulung. Mak akak mmg ler buatkan akak. Waktu akak dihospital, mak bawa dlm bekas air mineral dan disimpan dlm kabinet sebelah katil hospital. Waktu akak ditolak kebilik bersalin akak terlupa nak bawak, so pesan ler kat suami ianya ada dlm bekas air mineral.

Waktu suami akak beri akak minum, akak ckp dlm hati “Eh naper warna air ni clear jer, slalu klu mak kasi mcm light brown colour gitu???. Ah takpe ler mungkin dah rendam byk kali kot”

Alhamdulilah, akak selamat bersalin setelah 4 minit ajer. Doktor and jururawat ckp wah cepatnya, 4 minit ajer sakit nak beranak, tuptup baby dah kluar.

Bila akak dah dilap bersih dan didandan oleh jururawat, akak pun diberi minum air milo panas dan biskut sebelum diusung naik ke wad.

Waktu diwad, nurse pesan takle bangun dari katil selama 6 jam tak silap. So klu nak buang air kena buat diatas katil ler….tersangat ler tak suka sekali!!!! Suami akak dah keletihan, dan mintak diri nak balik rehat dan akan dtg semula pada pagi esok.

Setelah 6 jam, hari pun dah pagi….. so akak beritau nurse akak nak mandi. Dorang nak mandikan akak, tapi akak tolak sbb ckp akak boleh mandi sendiri. Mereka cuma temankan akak kebilik mandi dan tunggu didepan pintu sampai akak abis mandi.

Waktu akak nak sisir rambut, akak bukak ler kabinet tepi katil akak. Lalu akak perasan ada 1 lagi botol air mineral. Akak angkat dan belek kandungan air didlm nyer dan berdetik hati akak berkata “Eh ni air apa plak? Air baru ker? Laki aku beli, lupa minum ke??? Ah taruk atas kabinet ni ler, so nanti klu dorang dtg just bagi dorang jer lah”

Waktu suami dan famili akak dtg melawat, akak tanya secara rambang….”Ni air siapa?”

“Ni air bunga siti Fatimah ler smlm mak bawakkan. Ko tak minum????”

“Lah bang, smlm tu abang kasi saya minum air apa???”

“Air atas kabinet tu….” Sambil tunjuk atas kabinet.

“Lah….. abang, kat atas kabinet tu air mineral saya. So smlm saya pakai air mineral ler buat air selusuh….!!!!???"

“Abih awak ckp dlm bekas air mineral, saya naik smlm nampak botol mineral ni, saya bawak ler turun kat labour room”.

Mak akak terkekek-kekek gelakkan sambil ckp.. “Ya Allah, nasib baik tak mudharat………hehe”

Alhamdulilah, atas lindungan Allah, selamat dan lancar bersalin….. wakakakakaka



Anak sulung Mak Pah (yg bertoncek bunga matahari dikepala) bergambar bersama sepupunya

7 comments:

Harajuku PearL said...

first time dengar pasal air selusuh ni mak pah....I guess anak anak sekarang bila bersalin pakai lagi tak?

P

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum mak pah.

yes.
sy pernah dgr air selusuh tu.
bunga siti fatimah tak pernah pula.
nnt blk kg tanya kat mom lah. he3x

Gembo said...

Mrs G: First time for me too. I also heard something similar here in Brunei but I think it's minyak selusuh..
but obviously, I'm one of those yg blur sikit about this..nyehehe...

Your daughter's so cute! How old is she now?

Dee said...

comelnyer budak ada toncek bunga matahari tu..berkat air mineral lah tu..hihihi...

Mak Pah Vogue said...

pearl - oh mother i mmg byk petua n mcm2 dia beri mak pah minum n mkn dari start anak dara sampai dah nak kawin.... bila dah kawin, hubby akak plak yg belikan dan cadangkan ubatan tradisional plak.

syahira - mmg tak byk orang yg tau pasal bunga siti fatimah ni. so far yg i tau somebody gave to my mum n she kept n passed around our family bila nak bersalin.

Mrs G - ah2 minyak selusuh mmg ada. kdg2 bidan2 atau toko2 ubatan tradisional ada yg jual. Ada bidan2 pun menggunakkan ayat2 suci dibacakan keair dan diberi wanita yg nak dekat bersalin minum sebagai air selusuh. Masa akak kecil, akak pernah temankan nenek pegi rumah kwn2 dia, then ada skali tu akak tgk kwn nenek ltak semangkuk air utk diberi kucing bunting minum. Lepas kucing bunting minum, kwn nenek cepat ambik n simpan air dlm bekas. akak tanya nenek naper kwn nenek simpan air bekas kucing bunting tu minum. Kwn nenek akak ckp nak beri anak dia yg pregnant minum sbg air selusuh..... waktu tu akak mcm rasa pelik...betul ke??? ntah ler... wallahualam...

oh anak akak yg sulung ni skrang dah 15 thn...dah anak dara, tinggi lampai n sebiji my carbon copy waktu akak remaja dulu...hehe

Dee - tuler berkat air mineral sbg air selusuh eh...hehehehe

rasp said...

ooooo bunga tu my mum still simpan sis...
our family members pun ada yg gunakan buat air selusuh but i tak pernah guna lak coz i slalu bersalin terawal dari due date and my mum tak sempat nak datang bagai hehehehe....
comel ur doter and i'm sure now makin gorjes...paberet drink dia air mineral ke? *ihiks*

Mak Pah Vogue said...

yo rasp... Alhamdulillah ur mum ada simpan the bunga. wow jika tak keberatan klu u ke rumah ur mum boleh tak ambik gambar and then forward kat vouge-u's email yg tertera dlm blog ni. boleh ler mak pah then tunjukkan ke readers lain yg such bunga do exists dear. my mum's one ntah kat mana pun tak tau, sejak sumer pindah randah, the bunga pun lesap... my mum ckp nak kena kirim those yg tau beli kat Mekah...tuh pun klu masih ada jual lagi ke tidak.