Monday, September 28, 2009

i LOVE mondays - Energy Spill : Hari Raya..Orang Melayu Keliru?

In the name of Almighty, Most Gracious, Most Merciful

Just a few days before Eid, I had a group iftar with several friends of which some are Asatizah whilst some are working in circular secular organization and some are running their own businesses. It was a good mix of "brains", lifestyle and definitely a good conversation. We were sharing our thoughts of how we all shall miss Ramadhan and our experiences with Ramadhan in our own way.

And so I ask..."So ready for Eid? Buy new clothes already?...Banyak tempah kuih?? So nanti you all gi rounding raya sewa bus ke?".... And what I get were 2 extremes reponses - on one hand I received just cynical laughs and aloofness when it comes to the preparation for the Eid. On the other, really great details of the Eid preparation from the allocation of "green packets" to full month Eid itenarary!....Well, to each is own.

Just yesterday, my Aunt pull out an article from Berita Minggu. I am for sure a non newspaper reader. But this article just brings me back to the night I had at Kampung Glam Cafe on the topic my friends were sharing. I thought it would be good to share it here as well and get YOUR perspective.

The article is abit lengthy but worth a read.

NOTE : The writer below is a 44 years old teacher in Madrasah Al-Irsyad.


Mungkin ada yang akan marah apabila membaca rencana saya ini. Namun, yang benar itu selalunya pahit.
Biar saya mulakan denga satu pertanyaan : Adakah Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kebesaran orang Melayu atau hari kebesaran umat Islam?
Kita selalu denga bahawa Hari Raya adalah hari untuk memuji kebesaran Allah. Namun, tafsirannya akan meleret kepada perkara-perkara yang lain.
Mari kita sama-sama kupas satu persatu.

Pertama sekali, dari segi ucapan kita. Pada masa Hari Raya apabila kita bertemu, kita akan mengucapkan “Selamat Hari Raya”. “Hari” membawa maksud ‘satu hari’.
Kita buat tafsiran bahawa bulan Syawal itu adalah BULAN hari Raya. Tetapi, kita tetap tidak mahu tukar ucapan kita kepada “Selamat Bulan Raya”

Bulan Ramadhan kita iktiraf sebagai bulan puasa kerana kita berpuasa selama sebulan, tetapi kenapakah bulan Syawal kita ucap Hari Raya pula?
Salahkah jika saya kata orang Melayu kita terkeliru?

MEMINTA MAAF

Kedua, masih lagi membincangkan soal ucapan. Kita mencipta ucapan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin”. Kalau kita lihat dua frasa ini, sebenarnya ia bercanggah. Bahagian ucap selamat itu menunjukkan kita gembira, tetapi kenapakah selepas itu kita minta maaf? Cuba fikirkan, mana ada kaitannya?

Semasa baru sampai di rumah tuan rumah, kita ucap “Selamat……” tetapi setelah berbual, menjamu selera dan bersalaman untuk pulang, kita bermaaf maafan. Ada sebahagian pula akan duduk melutut dengan penuh takzim meminta maaf. Saya tidak kata ini perbuatan yang salah. Namun, MANA RASIONALNYA ? Sudah ucap “Selamat”, selepas itu “Minta Maaf”?

Orang Islam yang lain bergembira pada Hari Raya Aidifitri. Mereka ucapkan “Yaumusaadah, Yaumul Akbar”, tetapi, mereka tidak pernah meminta maaf antara satu sama lain.

Ada seorang teman guru saya yang berasal dari Timur Tengah yang pernah bertugas disini, meluahkan rasa hairannya apabila orang Melayu bermaaf-maafan padi Hari Raya Aidilfitri. Kemudian kita juga ‘meletak-kan’ hukum bahawa bermaaf-maafan ini hanya berlaku pada Hari Raya Aidilfitri, dan tidak bolehkan pada Hari Raya AidilAdha. Eh! Siapa pulak yang mencipta ini, ya?……

Akhirnya, ia (bermaaf-maafan) menjadi persendaan. Jika ada sesiapa yang buat salah, mereka akan kata “Nanti Hari Raya aku minta maaf, eh?”

Ayah saya adalah seorang anak dagang yang sampai di Singapura pada lewat remajanya. Seingat saya, dari kecil lagi, ayah tidak pernah mengajar kami tujuh beradik untuk beratur meminta maaf kepada beliau dan ibu pada pagi Hari Raya Aidilfitri, tidak seperti keluarga-keluarga lain yang akan beratur dan meminta maaf sambil menagis. Saya tidak pernah diajar dan melakukan demikian.

Saya tidak tahu sama ada ini kerana ayah tidak jumpa dalam hadis atau memang beliau tidak ajarkan. Pokoknya, kami tidak buat perkara demikian. Maka, jika ada yang cuba bermaaf-maafan dengan saya, sya rasa janggal dan macam berbohong jika saya katakan saya juga “Minta maaf”. Paling tidak pun saya ucapkan, “Sama-sama”

ZIARAH KUBUR

Ketiga, Hari Raya Aidilfitri selalu dikaitkan dengan kesedihan dan mesti ziarah kubur. Kita disuruh mengingatkan yang telah tiada. Betulkah begitu?
Kenapa mesti ingat mereka yang telah tiada pada Hari Raya Aidilfitri sahaja? Bagaimana pula anda yang pernah hehilangan orang yang disayang pada bulan-bulan yang lain? Mengapakah pilih untuk bersedih apabila menjelang Syawal sahaja? Apakah alasan anda?

Ada yang memberitahu bahawa alunan suara orang bertakbir boleh membuat mereka sedih. Apa yang paling pelik ialah walaupun takbir itu dialunkan di corong-corong radio atau dipaparkan di kaca televisyen, ia boleh mengusik perasaan mereka!

Kalau ditanya apa yang buat mereka sedih, mereka akan beritahu, suara dan lagu yang dibawakan yang membuat mereka sedih. Astaghfirullah! Sedih sungguh orang Melayu, kan?

Bukan makna kalimat yang membuat mereka sedih, tetapi kelunakan suara dan alunan lagu takbir itu yang membuat mereka sedih. Walhal, kalau kita amati makna takbir Aidilfitri itu ia langsung tidak menunjukan kesedihan.

Sebaliknya, ia adalah kalimah-kalimah yang memuji kebesaran dan keagungan Allah dan menolak kekufuran dan akhlak jahat. Tidak ada satu pun kalimat atau bait yang mengajak kita bersedih.

MENANGIS

Orang Timur Tengah kehairanan apabila melihat orang Melayu melagukan takbir Aidilfitri dan menangis.

Di Timur Tengah, takbir Aidilfitri dibaca beramai-ramai dengan suara yang tegas yang menjunjukkan kekuatan umat Islam dan pada masa yang sama memuji dan membesarkan Allah. Tetapi kita di sini menangis, sebah sedih kerana alunan lagunya.

Sebenarnya, lagu yang dibawakan itu adalah salah satu kaedah tarannum yang dipanggil Jiharkah. Memanglah, kalau kita baca Quran, kita bawakan lagu Jiharkah. Iramanya sedih dan lunak, apatah lagi kalau kena pada ayat-ayat yang sesuai dengan alunan irama tersebut. Tetapi kalau irama itu dibawakan dalam takbir Aidilfitri, ia menjadikan takbir itu lemah. Wallahuaklam.

Oleh kerana sedih (yang tidak bertempat) itu, ada kala sebutan pembaca takbir itu sampai terjejas. Saya bukan hendak menghina sesiapa, tetapi kalau sudah bertakbir dan sibuk menangis sampai kalimat kalimat yang disebut tersalah-salah, bukankah itu menukar makna, sedangkan pada masa itu kita sebenarnya sedang memuji Allah?

PAKAIAN

Keempat, saya ingin sentuh soal pakaian Hari Raya pula. Sudah seperti menjadi kewajipan kita menyambut Hari Raya dengan pakaian baru. Lantas, orang Melayu membudayakan sambutan Hari Raya dengan memakai baju kurung bagi yang perempuan dan baju Melayu bagi yang lelaki.
Rasulullah saw menggalakkan kita berbaju baru semasa solat Aidilfitri dan warna yang digalakkan adalah putih.

Oleh kerana orang Melayu suka ‘memeriahkan’ hari Raya, mereka sanggup beli atau tempah baju kurung dan baju Melayu yang berwarna warni.

Yang peliknya, semasa solat mereka pakai baju lama, tetapi balik ke rumah, mereka akan tukar baju cantik untuk berjalan jalan raya. Walau apa pun, mereka mesti hendak berbaju Melayu.

Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya tidak ada jawapannya. Kami sekeluarga tidak pernah berbaju Melayu yang lengkap, maksud saya, sampai berkain samping. Apabila usia saya meningkat remaja saya mula berjubah hinggalah kini. Arwah nenek selalu bising dan mengadu sayalah satu satu cucunya yang tidak pernah berbaju Melayu. Ini kerana saya hanya akan pakai baju Melayu dan kain samarinda untuk solat; selepas itu akan tukar ke kemeja T dan jeans. Ayah dan ibu pula tidak pernah melarang.

Taksubnya orang Melayu yang tidak bertempat ini menyebabkan mereka bercakap tanpa berfikir. Setelah saya memakai jubah, ada pula yang cuba buat komen-komen yang menggeramkan seperti, “Apalah kau ni! Tak pakai baju Melayu, pakai jubah. Ini pakaian orang Arab. Kita kan orang Melayu? Mesti hidupkan budaya melayu”.
Lantas saya bertanya pula, “Apakah menghidupkan budaya Melayu itu perlu dilakukan pada bulan Syawal sahaja? Kenapa anda tidak ke pejabat memakai baju Melayu dan kain samping setiap hari demi mempromosi kemelayuan yang anda bangga-banggakan itu?” Terdiam beliau tanpa memberi jawapan.

ZIARAH

Akhir sekali, ziarah-menziarahi digalakkan dalam Islam kerana ia boleh mengeratkan silaturahim. Namun, orang Melayu akan membuat suatu activiti istimewa khas ziarah-menziarahi pada bulan Syawal. Mengapa?

Jawapannya ialah kerana ia sudah dibudayakan begitu. Itulah antara sebab mereka kena beli baju dua tiga helai atau mungkin lebih. Pada masa yang sama, mereka kena keluarkan belanja untuk membeli kuih dan air sirap. Belanja yang dikeluarkan berlipat ganda.

Mereka bukan tidak boleh berziarah, tetapi ziarah hingga tuan rumah kena berhabis-habisan, itu tidak patut kan? Sebab, kalau tidak ada apa-apa yang hendak dihidangkan, tuan rumah akan malu.

Lain pula saudara seislam di Timur Tengah. Mereka mengundang tetamu, tetapi pada bulan Ramadhan. Mereka menjamu para sahabat dan rakan kerana ingin merebut pahala yang berlipat ganda sempena bulan Ramadhan.

Ziarah menziarahi semasa bulan Syawal mungkin seronok dilakukan beramai-ramai. Maka itu ada orang Melayu yang penuh semangat pergi dengan secara “berkonvoi”. Mereka menggunakan tiga, empat kereta untuk berziarah bersama-sama. Yang lebih ‘hebat’, menyewa bas.

Kebanyakan orang Melayu tinggal di flat; paling besar jenis flat jumbo. Kalau yang datang secara konvoy dengan bas 45 tempat duduk, bayangkanlah betapa sesaknya keadaan flat itu. Bayangkan juga betapa kelam-kabut tuan rumah. Lintang pukang dibuatnya.

ADAT BERTAMU

Mari kita rujuk kembali kepada adat bertamu yang telah diajar oleh agama Islam. Antaranya, kita tidak boleh menyusahkan tuan rumah. Oleh kerana sudah terlalu ramai yang datang dan juga sudah membayar sewa kereta atau bas, maka tamu tidak boleh ziarah lama-lama. Tujuan utama berziarah dan beramah mesra tidak tercapai!

Ada pula golongan yang entah tahu tengok jam atau tidak. Sudah jam 12 tengah malam, mereka masih sibuk berjalan dari satu rumah ke satu rumah, tanpa mengambil peduli sama ada tuan rumah sudah beradu atau belum.

Semua ini dilakukan atas alasan, “inikan Hari Raya? Setahun sekali sahaja…” Entahlah……
Banyak lagi isu yang boleh kita timbulkan disini, tetapi kerana terbatasan ruang, tidak dapat saya sebutkan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, orang Melayu sudah terlalu terkeliru. Aidilfitri dimelayukan. Dari segi pakaian, mesti pakai baju tradisional, dan dari segi jamuan, mesti adakan jamuan tradisional.

Rancangan di televisyen pula penuh dengan hiburan. Salam Lebaran, Salam Aidilfitri dan bermacam macam lagi. Menyanyi lagu Hari Raya lagi. Kalau tidak ada lagu Hari Raya, orang Melayu macam tak beraya, kata orang Melayu.

Mereka mesti hendak meriah. Mereka menangis cuma pada hari pertama saja apabila mendengar takbir yang sendu dan ke kubur. Selepas itu mereka berpesta! Lucu juga saya lihat bangsa yang keliru ini. Orang Melayu tidak jelas apa yang mereka mahukan daripada Hari Raya.

Kalau yang tinggal di kota Singa, mereka mesti hendak ziarah ke bazaar Geylang. Kalau tidak pergi, tidak ‘sah’ Hari Raya, kata mereka.

Yang kurang pendidikan agama, tidak malu apabila tidak berpuasa. Mereka makan, minum dan merokok di khalayak ramai. Solat tarawih, jauh sekali. Tetapi, apabila tiba Hari Raya, golongan inilah yang sibuk membuat persiapan.

Mungkin suatu hari ada seorang guru agama yang boleh ‘membuka mata’ orang Melayu dan menyedarkan mereka bahawa Aidilfitri ini buat orang Islam dan bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Ia adalah hari suci yang Allah anugerahkan untuk Muslimin dan Muslimat, bukan untuk orang yang berbangsa Melayu saja.

Ini semua adalah pandangan peribadi saya dan apa yang saya amati. Ia bukan satu kajian formal. Jika ada yang baik, jadikanlah teladan; yang lemah, jadikan pengajaran.


- article taken from Berita Minggu, Spektra Minda 27 September 2009


Fi hifzillah - PearL

13 comments:

Otak Belacan said...

Ah. Yes yes. A good read. My mother is still at it today. T_T

Siap cakap nak reply to him also.

Ewah.

Motif?

miss chembeng said...

salam sis..
haha.i know.it's hillarious.melayu seem to have so many new perception on many things.which i totally agree doesn't reflect islam at all.from raya,weddings,bila kite ckp kang kemain tindak balas derang.tapi apsal la derang x rasa camtu ar?

PearL said...

Nadh, really? let me know what's the outcome of yur Mum's converstation wif the writer hor...

Miss Chembeng - welcome to VU.
Yes, I can't deny that the Melayus are passionate when it comes to perceptions AND also great denials without realising it. ooppsss hang on, let me check my race in my IC....hehehehe

P

Shopaholic Mama said...

honestly, I disagree with the writer on some of them, coz he seemed to compare the way the Arabs (middle east) & our way (generally Malays here in Spore/Msia) do it. Coz our cultures are totally different.

Like I dont see anything wrong in the way we do the 'minta maaf' style.

Part menangis dgr takbir pun, each of us have our own emotional side, so naturally when we hear it, some of us will shed a tear due to reasons known to us.

Also I dont see anything wrong too in the guys berbaju Melayu on Hari Raya coz I guess, its just in our culture is already like that.

Again pasal ziarah time raya pun, he compare here & Middle east.

I think times have changed. So whether kita dah melayukan Aidilfitri or kita keliru, all these are pretty subjective but as long as we do not 'deviate' from the actual meaning of Ramadhan & Lebaran, then in my opinion, its fine lah.

But as he wrote, thats his perception & his perogative to think so but I guess, he just looked at a different angle (or maybe globe geographically)!

Dont said...

There is a saying: Pukul dulang paku serpih; Mengata orang dia yang melebih.

This Zulkifli guy - he needs to be schooled properly. His opinion - extremist. Nothing objective about it.

By the way, it's "secular" not "circular". Though you might like to know.

My apologies if this hurts your feelings, but I can't stand people like Zulkifli who speaks on an emotional level. If you research inot his life, you probably will find some skeletons in his closet that spilled over into the way he forms opinions.

My apologies too for pointing out your spelling error. Don't take it personally. It's a professional opinion. May we all learn from our and others' mistakes.

PearL said...

Mama Ann and Dont - like I say to each is own and like Mama said earlier, its subjective. Everyone has their own beliefs and feel to everything.

Syawal is a season for JOY & VICTORY. So different people express differently.

I'm all in for a good sharing of opinions (that's why this topic reminds me so much of my experience earlier...meleret leret....nasib baik tak lah sampai bercekek leher...)

At the end of the day, we take in whats relevant to us that we can improve on our end.

To Dont, thanks for pointing out the spelling error. My spelling is hopeless when it comes to my profession..hahaha. I was referring that the building that they are working is circular..(lame joke)..Anyways, thanks for pointing out and its been updated.

PearL

Otak Belacan said...

Tatak In: Mak aksyen je konon cam tak puas hati. Haha.

Dont: Penulis ni Cikgu hok.
Matilah kau kata cikgu tak cukup skolah! Wahaha. That's funneh!

Anyway, rasanya topic ni memang sensitiveeee. Tapi takpa takpa, masing2 jaga kubur masing2 sajalah. Jgn amik port sangat apa Encik Zul ni tulis.

Si penulis ni pulak, saya rase ade baik jugak dia pindah ke Timur Tengah aje.

Motif betul.

sutradara said...

Ustz Pasuni Maulan has made a commentary on this issue.today's BH page 7.

Dont said...

Hehehe thanks Pearl and Otak Belacan... you are all very kind... memang lah dia cikgu, kat madrasah pulak tu... sebab tu cakap nak kena lebih beralas, lebih berhikmah, lebih berhemat, lebih beradab... mampus kalau anak murid dia pun terikut-ikut gaya cikgu ni. Macam mana bangsa nak maju... tapi Alhamdullillah ada Ustaz Pasuni... sejuk sikit hati bila ada orang yang lebih terpelajar memberi pandangan yang cukup seimbang...

Hehehe hantar dia ke Timur Tengah eh... hehehe that's a gd idea. Buang kat padang pasir hehehehe

Otak Belacan said...

Siapaaaaa adaaaa BH semalaammmmmm????

SHAREEEEE PLISSSSS!!!!!

Hehehehe.

Shopaholic Mama said...

you can read more in response to the topic here


http://cyberita.asia1.com.sg/home/0,6875,1254347940,00.html (click the Forum column)

and

http://cyberita.asia1.com.sg/mkomentar/story/0,6879,150429-1254434340,00.html?
(Uztaz Pasuni Maulan's commentary)

Syarifahfarah said...

Assalamu'alaikum.

May Allah be with us all the time. I came across this blog by accident.

Just a gentle reminder, we are suppose to be against the idea. Not the person.

Alhamdulillah to dear blog owner u start ur posting with Bismillah, translater in English.

But when we say bad things about a person, and that person dont know, its called "ghibah" in Malay mengumpat.

Orang yang mengumpat berdosa besar. Bila mati di akhirat Allah akan suruh kita makan daging mentah saudrada kita sendiri. Bertaqwalah.

Someone mentioned that we should send Zulkifli Mohd Sa'ad to Middle East. Mr or Miss Dont want to "buang kat padang pasir". Tak takut ke kita mengumpat dan menghina orang, nanti Allah akan buang kita ke Neraka!

Antara dosa yang Allah tidak akan ampunkan ialah dosa syirik dan juga dosa antara manusia dengan manusia.

Yang telah mengutuk dan menghina Zulkifli telah berdosa kepadanya. My sisterly advice, you guys minta maaf dengannya.

I am just reminding all of us as Muslims.

Janganlah amalan puasa kita sebulan dibakar hangus dengan umpat dan keji orang tidak menentu.

If he made mistakes, at least he revealed his name and identity and put in the papers.

But us here, dont even dare to reveal ourselves?

So now, siapa yang kata dulang paku serpih?

Please do muhasabah (reflection) and taubah.

And seek maaf from the person we have hina and kutuk without his knowledge.

WaAllahu'alam.

Syarifah Farah (Ex Student of Ustadz Zulkifli)

Otak Belacan said...

Cik Syarifah Farah,

As an ex student, aku rase cikgu kau ni memang kira best ah pasal kau sanggup nak bela dia. :)

Sebagai manusia yang daif lagi khilaf, kita memang tidak lepas dari membuat kesilapan. Terima kasih kerana memberi kesedaran. Tapi aku rase cara kau comment ni macam agak susah aku nak terima. Nak suruh mintak maaf, ok tu part takde hal. Tapi sampai makan daging mentah, campak2 neraka ni dah apa hal plak niiii..

Ni semua masing2 punya pendapat lah eh. Kau nak cakap apa, kau punya pasal, dorang nak cakap apa, pun dorang punya pasal. And like I said, sendiri punya kubur, masing2 jaga. So likewise my advice to you too.

My apologies though kalau aku ter-kutuk dia in my comment earlier. Sorry bout that yo.

And sesiapa yang baca ni pun, sorry ah if this post ada mcm bercanggah dgn mane-mane pihak or whatsoever lah eh. Nothing serious to be pissed off about unless memang korang macam takde life lah kan.

Sekarang gua memang tgh hot gila pasal perkara gini pun nak kecoh2, eihhh sumpah aku tak paham.

So that's it. No more comments allowed for this entry.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. [Sorry ah kalau Cikgu tak kasi aku wish gini. T_T]

PS: Ms Syarifah, time-time gitu comment, dah solat maghrib ke belum? My sisterly reminder to you aje. :)

-end-