Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Menyayangi
Minggu lepas Mak Pah singkap suasana nostalgik zaman beraya di tahun 70an, 80an dan 90an. Minggu ni plak, Mak Pah mengimbas tentang beraya dikampung halaman. Sungguh berbeza keadaannya. Dan suasananya sangat santai. Mak Pah bersama suami dan anak sulung berangkat pada Jumaat malam lepas utk ke Bagan Datoh - Perak. Kami kerumah pusaka arwah nenek suami Mak Pah dan makcik2 nya yang masih duduk disana. 2 lagi anak2 Mak Pah tidak ikut bersama sbb mereka masih ada peperiksaan yg belum selesai lagi. Dari Perak, kami turun semula ke KL, kemudian ke Melaka dan seterusnya ke Pontian utk melawat sedara-mara kedua belah pihak Mak Pah dan suami.
Walaupun perjalanannya jauh tapi kami tidaklah berebut-rebut nak sampai. Ada ajer tempat nak singgah dan rehat dan pekena kopi ker, teh ker atau ABC (air batu campur atau istilah S'pura ialah ais kacang). Dahtu bila ada makanan yg tak pernah dgr dan rasa, hah inilah masanya kita mencuba.
Tapi perjalanan kawasan kampung2 mmg slalu dinanti-nantikan oleh Mak Pah, lagi2 waktu malam... sbb kawasan rumah mereka terang benderang disinar pelita minyak tanah dan ada juga yg menggunakan pelita yg pasang-siap dan mentol berwarna-warni dihias dianjung rumah. Anak sulung Mak Pah asyik membongkang jer kat belakang.... suami Mak Pah ckp... wah seronoknya diani, dah lah tak pandu kreta, duk tidur jer, bangun main PSP, dahtu paksa dgr MP3 lagu2 remaja terkini. Bila kita tak nak dgr, terus dia sumbat earpiece dan dgr sendiri ler MP3.... hmmm biasa ler anak2 remaja skrang, sungguh berbeza dgn zaman Mak Pah.
Mak Pah ada lah juga memetik gambar2 utk tatapan semua tapi rumah sedara-mara diKL tak sempat ambil sbb terlupa dah. Itu pun ada juga 2 atau 3 rumah tak sempat kami singgah sbb nak cepat pulang ke Melaka (rumah adik suami) dan ke Pontian (rumah makcik suami).
Alhamdulilah, kami tiba di Singapura pada jam 1 lebih pagi pada hari Ahad (eh kira hari Isnin ler kan.... hehe)
Sila ler layan gambar2 dibawah ni yg diambil melalui handphone Mak Pah jer....
Gambar dibawah rumah (tempat letak kreta)
Diambil dari jauh.... betapa besarnya rumah panggung ni..... jenuh nak mengemas dari depan hingga ke dapur... huhu
Ni dianjung rumah - makcik suami lagi duduk santai menghirup udara kampung
Suami (baju merah) duk sembang kat anjung bersama sepupunya
Anak sulung Mak Pah yg duk liat nak bangun sbb seronok tidur. Bila dah kena dera oleh ayahnya suruh cepat bangun sbb nak pegi rumah makcik didaerah situ, dgn lemah longlai dia mengeliat bangun
Mak Pah curik2 ambik gambar anak sulung yg baru lepas mandi. Seronok mandi air kolah dlm bilik air mereka.... sejuk giler dan rasa mcm taknak kluar dari bilik air..... huhu
Ni kawasan sembang dan santai dekat dgn anjung rumah.... kuih raya masih banyak lagi sbb hanya 3 orang jer duk rumah besar ni... tak luak sey kuih raya dan kebanyakkannya dibuat sendiri.
Ni rumah makcik suami yg duk dlm 1 atau 2 km dari rumah arwah nenek suami... beza sikit bentuknya dari rumah Perak... lebih rendah dan kecil.
Dipintu belakang (dapur)...
Dah kenyang makan, duk sembang2 (dari kiri, sepupu suami, suami makcik dan suami Mak Pah).... waktu ni anak sulung Mak Pah sambung tidur kat sofa didapur.... hehe... Mak Pah lupa plak nak tangkap gambar dia tgh tidur.
Hai sungguh santai suasana dikawasan kampung. Sungguh berbeza dgn keadaan dibandar. Orang2 nya sgt sabar dan relaks skali. Yg kelakarnya nama sayur kampung berlainan dgn nama sayur kita panggil di S'pura maupun setengah kawasan lain di M'sia. Makcik suami masak lauk lemak putih daun getik.... Mak Pah ckp tak pernah makan. Tapi bila dah rasa lauk, terus Mak Pah ckp ni daun turi..... wakakakakaka. Dahtu mula ler sesi nama2 sayuran.... hahahahaha
Mak Pah rasa beruntung sesiapa yg ada kampung halaman, khazanah bumi dari kawasan kampung mmg lumayan.... tapi sedih jugak bila tgk ada rumah2 yg usang dan tidak ada penghuni (sepupu suami ckp ada penghuninya sudah tiada lagi, dan anak2 semua dah merantau, jadi rumah terbiar usang). Mak Pah tanya naper mereka tak jual jer tanah mereka dari dibiarkan bersarang dan usang. Sepupu suami hanya menjawab entahlah, tak tau ler. Jadi Mak Pah simpulkan mungkin mereka nak balik semula ke kampung kot satu hari nanti....
Hai byk lagi rumah sedara mara yg belum habis dilawati ni.... minggu ni ler minggu terakhir sambut Syawal.....
Mak Pah terkilan tak sempat ambil gambar2 rumah2 kampung yg meriah disinari lampu pelita dan mentol. Takpe lah InsyaAllah mungkin tahun depan dapat kot.....
Sehingga diminggu hadapan... salam sayang dari Mak Pah utk semua.... dan semoga dilindungi dan diberkati Allah. Amin.
3 comments:
my late grandparents(mom's side) dok kat bandar..
dad's side, mmg dok kampung siap ada sungai tu, but my late grandparents'nye tanah dah jual sob sob...
i missed celebrating raya 'kampung style'...
btw, i pun panggil daun turi...1st time i dengar 'daun getik'
Best kan raya kat kampung...
P
rasp - betul tu dear.. kdg2 bila tgk kat tv mcm tak rasa sgt meriahnya. tapi bila pegi sana baru ler kita dpt kenikmatannya eh. oh ya ada lah lagi sayur-sayuran yg lain lama tapi sama...
pearl - ni mcm kena ada sesi VU-d' kampung raya...wakakakaka
Post a Comment