Thursday, August 12, 2010

RECIPE.......MAMA MORALLE

Assalammualaikum semua................selamat berpuasa :):)

Wahhh lama sungguh tak update di sini, not only here, my own blog pun dah terbengkalai...

Ok enuf blabbering, today mama nak share a recipe yg uols semua can try ok...its nice, I've tried this, n thinking of cooking it again this wkends...

Selamat Mencuba...tak cuba rugiii tau.....

DAGING BISTIK



Bahan-bahannya

1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar


2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand

Cara-caranya


1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.

3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.

4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.

5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

NOTA: Masakan ini sedap dimakan dengan roti atau nasi putih bersama telur mata lembu.



**Resepi asal dari koleksi resepi pilihan Diana**

6 comments:

rasp said...

thx for sharing tis menu...
leh try gak nie....

Moralle said...

Rasp, yes u shuld, sodap gilerrr...hehe dont forget, telur mata lembu ok...oh if u hv the Japanese cucumber, lagi power...

Shopaholic Mama said...

Semalam Raf dah kasi 1 recipe yg senang.

Today dapat lagi satu pun mcm senang, from Mama Moralle! Yippeee!!

Coz bulan Puasa tekak lain sikit, so need to diversify menu.

Thank you kakak! Ada lagi yg senang-senang, kasilah! hehehe

Moralle said...

SM, insyaallah, bulan puasa ni mood masak ader up sikit, so if masa mengizinkan I will post few recipes yg sudah di tested dan di jamin sedap kat sini k....shuld try this thou...memang sedap giler...

Mak Pah Vogue said...

Mar - rindu ler. Lama tak muncul. Thks for the recipe. InsyaAllah boleh cuba nanti. Mak pah normally during weekends atau holiday jer boleh sempat masak. klu hari keje, kelam kabut....so tapao jer dari my coy canteen.

Moralle said...

Mak Pah Vogue........hai kakak ku..hehehe...abih camner tak ilang, asyik kat FB jer now, me too kak, only wkends can cook something special, wkdays either beli or mintak simpati ngan my sis..hehe..