Tuesday, September 15, 2009

Vogue-U Potion - My Journey

Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”


Pada 10 hari terakhir Ramadhan yg barakah ini, pilu dan sedih rasanya utk meninggalkan bulan yg penuh bermakna ini. Mak Pah rasa bersyukur sangat kehadirat Illahi yg memberi kita kenikmatan hidup dimuka bumi ini. Dan Mak Pah telah byk melalui berbagai unak dan ranjau sepanjang hidup hinggalah kehari ini dan sgt berterima-kasih kpd Allah SWT kerana telah memberi petunjuk dgn mengenalkan orang2 yg alim ulamak serta teman2 dan saudara-mara yg menjadi tulang belakang dlm segala urusan…. Alhamdulillah. Amin.

Mak Pah dilahir tahun 60an, dan waktu itu mmg lumrah kehidupan serba serbi dlm kekurangan. Hanya bapa saja yg berkerja menyara keluarga. Emak Mak Pah pulak berniaga minuman dan kuih epok2 disebuah gerai diWisma Indonesia - Orchard Rd (sekarang berdirinya Wisma Atria). Sekali2 bapak bawa Mak Pah, waktu tu umur dlm 4 atau 5 tahun gitu kegerai. Adik2 Mak Pah, bila dah besar sedikit (dlm peringkat sekolah rendah gitu) baru lah bapa izinkan emak kami bawa kegerai.

Waktu itu kami tinggal dikuaters Telecoms dan nenek (ibu kpd emak Mak Pah) yg bertanggung-jawab membela dan mendidik kami 3 beradik (waktu tu adik yg bongsu belum dilahirkan lagi). Nenek kami yg akan memastikan kami pergi mengaji dan belajar ugama dgn ustaz yg akan kerumah jiran kami hampir setiap hari. Kami 3 beradik mmg rapat dan kemana saja kita pergi slalunya bertiga. Hinggalah adik bongsu kami lahir dlm tahun 70an dan Mak Pah plak bertanggung-jawab menolong nenek menjaga adik. Dan nenek kami plak sgt garang orangnya. Kalau masuk waktu solat, dia kdg2 akan rotan kita kalau leka sebab nak bermain jer. Waktu solat Subuh semua liat nak bangun, dan nenek akan renjis air kat muka kami hingga kami bentak2 dan sentap kat nenek. Ya Allah, kau cucurilah Rahmat keatas roh Arwah nenekku, Aishah Bte Ibrahim, supaya ditempatkan bersama orang2 yg beriman...Amin.

Bila Mak Pah dan keluarga pindah kerumah nenek pada lewat 70an, lagilah nenek bertambah garang dgn kami sbb masjid dekat dgn rumah. Adik2 Mak Pah yg lelaki dipaksa solat dimasjid, sementara Mak Pah solat dirumah (maklum ler dulu2 masjid takde ruang solat buat kaum muslimah). Dan lumrah lah adik2 lelaki Mak Pah, kdg2 seronok bermain hingga tak pergi solat. Lalu ustaz ngaji, Arwah Pok Teh Karim akan beritau nenek dan teruklah adik2 Mak Pah kena belasah oleh nenek, emak atau bapa. Semoga Allah mencucuri Rahmatnya keatas Arwah Pok Teh Karim, dan menempatkannya disamping orang2 beriman....Amin.

Bila dah masuk sekolah menengah, Mak Pah belajar ugama dgn arwah datuk sedara, Arwah Tok Mahmud, dirumahnya diMarine Parade. Sebenarnya dgn secara tak sengaja sbb Mak Pah dipelawa oleh teman sekolah kerana bapanya adalah anak murid Arwah Tok Mahmud. Tok Mahmud ni seorang ustaz yg garang. Tak kira kita murid baru atau murid lama, dia akan uji tahap pengajian ugama kita. Macam2 soalan akan diajukan pada kita. Dahtu dia suruh kita bawak buku dan pen. Dia akan ajar kita dari mula dalam bab Fardhu ‘Ain. Bermula dari Feqeh dan bertahap-tahap hingga keTasauf dan Tauhid. Mula2 skali Mak Pah ingat yg diajarnya ialah Bab Bersuci (Istinjak) dan dia akan pesan "Mcm mana korang yg solat dgn betul jika istinjaknya tak betul, haha!!!!" Dan yg tak manjanya, apa yg diajarnya minggu ini, dia akan soal semula diminggu hadapan tapi tutup buku/kitab. Kalau tak dpt jawab, dia akan marah, “Ko nak aku rotan korang, nanti bila diakhirat, kena soal, ko ingat ko boleh bawak kitab ni dan buku tulisan ko ni. Bukan korang ajer kena soal tau, aku ustaz korang pun akan disoal. Ko duduk ujung tu gi hafal, lepas tu dtg sini semula, aku nak tau ko faham ke tidak!!!!” Ada yg sampai lari masuk bilik air, nangis dlm bilik air. Bertahun Mak Pah belajar dari Arwah Tok Mahmud, hinggakan dah mula bekerja pun Mak Pah masih menuntut dgn dia. Tapi Allah lebih menyanyanginya dan Arwah meninggalkan kami diusianya lewat 80an. Tapi satu pesan Arwah yg Mak Pah tak lupa.... “Kita jgn lokek ilmu, apa yg ada, kita sebarkan, semoga orang lain dpt menafaatnya, dan jika diamalkan, kita dpt ganjaran pahala...InsyaAllah... Amin”. Dan semoga Allah juga mencucuri Rahmat keatas roh Arwah Tok Mahmud.... dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman...Amin.

Dlm tahun 80an, Mak Pah ada jugak pergi belajar ugama dgn Kiai Kassim (bapa kpd Ustaz Fahru Radzi). Disana Mak Pah byk pelajari ttg Iman dan berbagai-bagai ttg Hati (nasihatnya supaya kita hindarkan buruk sangka, berdengki, irihati dan byk amalkan berzikir). Kami akan kerumahnya didaerah Sixth Ave – Bt Timah sebelum maghrib. Selesai solat maghrib berjemaah, kita slalunya akan akhiri doa dgn membaca Saidatul Istighfar (sgt menusuk kalbu dan slalu membuat Mak Pah menangis). Kami akan belajar hingga waktu Isyak. Lepas solat berjemaah Isyak bersama Kiai kami bersurai dan kaum muslimin pula akan mula masuk dan mereka pula akan solat Isyak diimamkan oleh salah seorang murid Kiai dan mereka akan mula pengajian selepas solat Isyak.

Setelah kebanyakkan masjid2 ada kuliah dan syarahan ugama oleh ustaz dan ustazah, Mak Pah pun menumpukan kuliah ugama kpd masjid2 bersama keluarga dan teman2. Tapi waktu itu tak byk ustaz dan ustazah yg berijazah seperti sekarang. Semuanya belajar dari guru2 ugama yg pernah menuntut diArab atau pun dari sekolah2 ugama diMalaysia dan S’pura. Waktu itu juga S’pura tak byk sekolah ugama seperti sekarang yg dipanggil madrasah. Arwah bapa Mak Pah akan membawa kita semua menuntut ilmu dimasjid2. Antaranya Masjid Aminah (klu anda masih ingat diGeylang) bersama Ustazah Habsah Senin. Bila Masjid Aminah dirobohkan kami beralih kemasjid baru didaerah Geylang iaitu Masjid Darul Aman untuk menyambung belajar bersama Ustazah Habsah Senin. Dimasjid Darul Aman juga kami belajar dari Arwah Ustaz Ahmad Abdillah hinggalah bapa Mak Pah menghembuskan nafasnya yg terakhir dilewat tahun 80an. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya dan meletakkannya disamping orang2 yg beriman....Amin.

Setelah itu Mak Pah teruskan menuntut ilmu dimasjid2 berdekatan dgn rumah seperti Masjid Al Mukminin, Masjid Ar Raudhah, Masjid Hasanah dibawah tunjuk ajar Ustaz T.M. Fowzi, Ustaz Fahru Radzi, Ustazah Kamariah dan byk lagi. Satu lagi pesan Arwah Tok Mahmud yg Mak Pah ingat sampai skrang... “Tuntutlah ilmu hingga keliang lahad!!!”

Teman2 sekalian… sebak dan pilu bila mengenangkan ilmu2 yg diturunkan demi Islam oleh Ustaz dan Ustazah. Terutama dizaman 80an, walaupun mereka tidak dikenali atau berijazah dari universiti Al Azhar, tapi sifat tegas dan dedikasi mereka sgt dihargai dan tak dpt diganti dgn harta yg beribu ataupun berjuta. Sampai skrang pun Mak Pah hanya dpt memanjatkan doa kpd mereka yg telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dan melalui perjalanan hidup ini, byk telah kita pelajari, yg baik dijadikan pedoman dan yg tak elok dijadikan sempadan.

Mak Pah mendoakan semoga Allah memberi hikmah dan hidayah kpd kita semua utk terus bersujud kpdNya dan tawakkal menempuh segala ranjau kehidupan ini. InsyaAllah….Amin.

Salam Sayang semuanya dan Mak Pah mengambil kesempatan ini jugak menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin dan Selamat Menyambut Syawal yg bakal menjelang pada hujung minggu ini.

Sekian Wassalam dari Mak Pah……

2 comments:

Shopaholic Mama said...

Yep learning is a life long journey to be shared by one & all!

Mak Pah Vogue said...

yes Ann.... it never ends.

Ralat - actually my mum just told me yg I blajar ngan my Arwah Tok Mansor, bukan Tok Mahmud. Tok Mahmud I masih hidup lagi tapi dah uzur. I always get these 2 names mixed up. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh Arwah Tok Uda Mansor ku... Amin.