Tuesday, September 8, 2009

Vogue-U Potion - Kelebihan Surah Al-Kauthar

In the Name of Allah, the Beneficient, the Merciful

Bismillaah hir-Rahman nir-Rahim

Innaa a'atainaakal kauthar Fasalli li rabbika wanhar Inna shaani'aka huwal abtar

(In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful. Truly, We have given you abundance. So turn to your Lord in prayer and sacrifice. It is those who oppose you who are in loss.)

(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.)

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai disyurga.

Kolam sungai ini diperbuat drp batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis drp madu, warnanya pula lebih putih drp susu dan lebih wangi drp kasturi.

Surah ini disifatkan sbg surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yg dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim (ada sejarah mengatakan anak baginda yg bernama Al Qasim yg meninggal dunia) dan bapa saudaranya Abu Talib.

Dikatakan pelbagai khasiat terkandung didlm surah ini dan boleh kita amalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dah gosok dileher, InsyaAllah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yg sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kpdnya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Rakan-rakan sekalian, perkara yg baik kita amalkan selalu. Lagi2 ayat suci Al Quran. Ia adalah ayat penawar yg mujarab. Wallahualam. InsyaAllah. Amin.

Sekian dari Mak Pah.

Salam sayang semuanya.......


5 comments:

♥cybermummy♥ said...

Thanks Mak Pah for sharing this Surah . Akan daku amal kan hari2 moga2 Allah lembutkan hati serta membuat saya lebih khusyuk ketika menunaikan solat.
Insyallah .

rasp said...

thx mak pah for sharing tis...
harus i amalkan nie...

Mak Pah Vogue said...

dear cybermummy and rasp, thks for rading & ur comments. sharing is caring dear.

Shopaholic Mama said...

I still remember, when I was a lil gal, this was the first Surah I learnt & excel fast coz its the shortest but the meaning is so deep ye Kak Pah!

Blushwax said...

One of the simplest and yet the significance is so deep. Thanks Kak Pah for the reminder!